Cara daftar SSM
Pengalaman mendaftar SSM
Assalamualaikum, hai. Minggu lepas aku dan partner decide untuk daftar ssm untuk syarikat kecil kami. Rasanya dan lebih setahun jual barang online dan offline. Dari makanan, pakaian, produk kecantikan, macam-macam lagi lah. Baru bulan april hari tu start jadi ejen jual goldbar dan barang kemas. Bila jual barang kemas ni, lebih baik daftar syarikat untuk yakinkan customer.
So, hari rabu my partner ambil cuti untuk selesaikan hal loan rumah, ssm dan lain-lain. Kalau sempat kami ingat nak buka akuan maybank untuk syarikat terus. Tapi masa tak mengizinkan. Kebetulah kami ada hal area seberang jaya. Kami decide untuk daftar di pejabat ssm di Seberang Jaya. Pejabat ssm terletak di bangunan KWSP tingkat 6-7. Kami sampai di bangunan KWSP lebih kurang pukul 1230pm. Sampai je bangunan KWSP, bagitau staff kaunter pertanyaan nak daftar ssm. Dia mintak tinggalkan lesen dan kami dapat pass untk naik ke atas. Untuk 2 orang naik staff tu kata boleh share pass.
Sampai di tingkat 6, terus pergi ke kaunter pertanyaan dan bagitau staff kat situ, kita nak daftar ssm, dia pun bagi borang dan cakap dokumen apa yang diorang perlukan. Beberapa helai borang dan sekeping ic photostet. Masa tu pulak aku lupa nak photostet ic. Pdahal memang dah tau dan diorang nak ic photostet. So, partner aku la tolong pergi photostet. Nasib baik kat tingkat atas je nak photostet. Tingkat yang sama dengan kafeteria.
Untuk isi borang ssm tu, yang penting sekali of course la nama company. Selain nama company yang kita dah pikir memang nak guna tu, kena back up gak 2-3 nama. In case nama pilihan pertama tu tak diterima atau dan digunakan oleh orang lain. Kita kena guna pilihan kedua atau ketiga. So make sure nama pilihan tu memang nama yang kita suka dan sesuai untuk letak sebagai nama company kita.
Macam aku, pilihan pertama tu mamang nama ig aku jual barang, fagoldandbeauty. Tapi staff kat situ cakap, apa-apa yang berkaitan dengan gold tak sesuai dijadikan nama company, sebabnya aku dah lupa tapi ada kena mengena dengan bank. Kiranya susah nak buat loan ke macam tu la. Kalau letak beauty atau apa-apa saja yang merujuk kepada specific barang pun susah. Contohnya aku letak FA Gold & Beauty, barang-barang kecantikan je boleh. Tudung, baju atau benda lain tak boleh. So, ak letak la Farah Amerul Ent. Fair kan, dah share company, nama pun kena share la.
Ni contoh borang daftar perniagaan page 1, kredit google. Atas sekali tu nama syarikat, ada 3 pilihan, yang kedua tu penerangan pasal nama syarikat. Contohnya korang letak beauty shop. So terangkan lah sikit kenapa letak nama tu. Sebab korang jual barang kecantikan, tapi aku tak tulis pun, aku biar kosong je. Yang ketiga tu list barang jualan. Bawah sekali tu macam biasa la tarikh, sign dan sebagainya.
Untuk list barang jualan pulak. Seeloknya list je semua barang yang korang pernah jual, nak jual atau apa-apa barang pun. Senang nanti, kalau nak jual, barang tu dah ada dalam list. Macam aku letak sikit je, sebab blur taktau nak list apa dah. Sebab list barang-barang tu akan ada dalam sijil ssm korang nanti.
Selain nama company dan barang jualan, kita juga kena masukkan info pasal owner syarikat. Nama, ic, alamat. Alamat ni kira macam alamat syarikat la. Kalau ada kedai, letak alamat kedai, kalau takde boleh letak alamat rumah.
Kami tunggu pun takde la lama sangat. Sejam macam tu, lepas kita dan confirm dengan staff kat situ nama company dan barang jualan, kita kena tunggu sekejap untuk proses sijil. Kejap je, dalam 10 minit macam tu sijil dan siap. Ambil sijil, confirmkan info kita samaada sama atau lain. Dah settle semua tu dah boleh balik.yeay!
Overall masa yang diambil takde la lama sangat. Parking pun senang sebab weekdays kot. Tunggu giliran pun takde la lama sangat, ok je. Staff pun senang nak berurusan. Servis pun baik. Kalau korang belum daftar, cepatla daftar.
Lupa pulak nak cakap, fee untuk daftar ssm ni RM70.60 je kot sebab nama tred, nama tred tu selain nama dalam ic. Kalu guna nama dalam ic RM40.60 je rasanya. Masa nak daftar tu aku dengan partner memang tak spare duit langsung sebab lupa. So my partner la tolong pergi bank nak cucuk duit. Kunci lereta pulak dalam handbag, menapak la dia perhi CIMB. hehe
Sekian pengalaman aku nak daftar SSM, masa nak daftar tu mengelabah macam nak ambil exam. Padahal bukannya ada apa-apa pun. Nervous je lebih. Nanti aku share pengalaman nak buka akaun mayban untuk syarikat pulak. Tadaaa......

Borang ni info pasal syarikat, tarik mula berniaga, alamat dan sebagainya, kredit google.
Borang ni pulak info pasal pemilik syarikat. Nama, no ic, alamat, dan sebagainya, kredit google. Kalau nak print borang ni dulu pun boleh, pergi ofis ssm nanti ambil no giliran je. Boleh download kat sini http://www.ssm.com.my/ms/borang.
Kami tunggu pun takde la lama sangat. Sejam macam tu, lepas kita dan confirm dengan staff kat situ nama company dan barang jualan, kita kena tunggu sekejap untuk proses sijil. Kejap je, dalam 10 minit macam tu sijil dan siap. Ambil sijil, confirmkan info kita samaada sama atau lain. Dah settle semua tu dah boleh balik.yeay!
Overall masa yang diambil takde la lama sangat. Parking pun senang sebab weekdays kot. Tunggu giliran pun takde la lama sangat, ok je. Staff pun senang nak berurusan. Servis pun baik. Kalau korang belum daftar, cepatla daftar.
Lupa pulak nak cakap, fee untuk daftar ssm ni RM70.60 je kot sebab nama tred, nama tred tu selain nama dalam ic. Kalu guna nama dalam ic RM40.60 je rasanya. Masa nak daftar tu aku dengan partner memang tak spare duit langsung sebab lupa. So my partner la tolong pergi bank nak cucuk duit. Kunci lereta pulak dalam handbag, menapak la dia perhi CIMB. hehe
Sekian pengalaman aku nak daftar SSM, masa nak daftar tu mengelabah macam nak ambil exam. Padahal bukannya ada apa-apa pun. Nervous je lebih. Nanti aku share pengalaman nak buka akaun mayban untuk syarikat pulak. Tadaaa......
Comments
Post a Comment